Tuesday, April 11, 2017

TIPS KEKAL FOKUS

Salam dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,


Peperiksaan semakin hampir. Mood aku nak belajar kejap naik kejap turun macam roller coaster. Tetapi sebagai pelajar matrikulasi dua tahun, aku kena 'ajar' diri aku untuk lebih fokus dan berdisiplin. Masa 'lebih' yang aku habiskan di KMNS haruslah berbaloi. Aku nak pada bulan September 2018, berebut-rebut universiti awam offer course pilihan pertama kepada aku. 😀
Meh sini aku share lima cara bagaimana aku kekal fokus.

Check it out!

Cara  Pertama : Cari tempat belajar yang sesuai

Bagi aku, aku lebih suka belajar di tempat sunyi,tenang,aman damai.Aku kurang minat study sambil mendengar lagu tak kisah la pakai earphone ataupun pasang kuat-kuat.Lagu akan menghilangkan fokus aku untuk belajar especially lagu yang aku ingat lirik dia.



Cara Kedua : Mengenali cara kita belajar

 Banyak cara untuk fokus belajar.contoh ,aku suka belajar pada lewat malam. Oleh itu, habis je class pada waktu petang, aku akan buat perkara yang perlu dibuat, apabila selesai aku akan terjun ke katil aku untuk mengumpul balik ATP (Tenaga) untuk sambung belajar pada waktu malam.Tetapi ada juga kawan aku yang suka tidur selepas menunaikan solat  Isyak , dia akan bangkit pada awal-awal pagi (1-3) untuk study.

Cara Ketiga : Tinggalkan perkara yang boleh hilangkan fokus

Tinggalkan smartphone semasa study.Memang susah nak tinggalkan phone, aku ade tips untuk buat kita tinggalkan phone dengan mudahnya.Cara dia, main game puas-puas sampai bateri lemah.After that, mesti kita akan charge phone.Sementara tunggu bateri phone full balik (2 jam) kite boleh la study dengan aman tanpa dengar ringtone notifications masuk.

Cara Keempat : Jaga kesihatan

Perkara paling penting pada saat-saat akhir ni ialah kesihatan kita.Jika kita sakit, ia akan buat kita tidak fokus untuk belajar.Badan juga akan jadi lemah nak belajar.Banyakkan minum H2O (air kosong) untuk memberi oxygen kepada otak kita dan memberi tenaga kepada badan kita.Maklumlah cuaca di Malaysia tak menentu ade kala suam-suam, kadang-kadang sejuk sampai ingat kita ni tinggal di london.

Cara Kelima : Jaga hubungan dengan pencipta dan sekeliling

Tidak guna kita study sampai lewat malam tapi perkara wajib yang di amanahkan untuk kita sebagai umat islam kita tinggalkan ?Banyakkan berdoa.Tapi jangan la masa nak exam je kita jadi umat islam nanti MUNAFIK pula.(pesanan untuk diri sendiri)



No comments:

Post a Comment